KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Konsep dan Definisi

· Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.
· Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan – Skala 1905.
· Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.

· 1912 – William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus.
· Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.
· Vygotsky– Keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.
Potensi Dan Kecerdasan Manusia
· Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu.
· Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia – kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.
· Ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial
· “… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan …” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan )


Kecerdasan-Kecerdasan

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
· Kecerdasan Linguistik
kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

· Kecerdasan Logikal-matematikal
kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual.

· Kecerdasan Visual-spatial
kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

· Kecerdasan Muzik
kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

· Kecerdasan Tubuh Kinestetik
kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

· Kecerdasan Interpersonal
kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

· Kecerdasan Intrapersonal
kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

· kecerdasan Spritual
ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai
· menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
· menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
· meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.
· meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
· meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran.
· mewujudkan kolaboratif disekolah.
· mempelbagaikan penilaian.

Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
· Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.
· Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid
· Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan